Ini adalah di antara lukisan murid-murid Pra Sekolah Ceria .
Bahan Pengajaran:Rumah Impian :)
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
on Wednesday, 12 December 2012
/
Comments: (7)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat penting untuk tumbesaran mereka . Jadi,saya menyuruh mereka membuat lukisan tentang rumah mereka yang diberi tajuk 'Rumah Impian' . Pelbagai jenis lukisan yang mereka lukiskan dengan pelbagai cara mereka yang tersendiri . Tujuan saya menyuruh mereka lukiskan lukisan ini adalah untuk mengembangkan otak mereka dengan lebih baik .
Bahan Pengajaran:Mari mengeja :)
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
/
Comments: (1)
Selepas mereka mengenal semua huruf-huruf tersebut . Saya mengajar mereka cara-cara untuk mengeja bermula dengan dua silang kata dan semakin lama perkataan itu semakin panjang . Saya juga mengajar mereka sebutan yang betul menggunakan konsonan huruf vokal agar mereka dapat membezakan setiap perkataan yang mereka pelajari .
Huruf-huruf vokal
kad seperti ini yang saya gunakan untuk mengajar mereka mengeja .
Bahan Pengajaran:Mari mengenal nombor :)
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
/
Comments: (0)
Nombor juga adalah asas yang sangat penting untuk murid-murid sebelum mereka memasuki alam persekolahan sekolah rendah . Dengan mengenali nombor-nombor ini,ia akan dapat membantu murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah . Saya juga menggunakan kad untuk menarik perhatian mereka . Kad itu dihiasi dengan pelbagai warna dan gambar yang menarik untuk kita lihat . Kad itu juga mempunyai gambar mengikut bilangan nombor tersebut .
Contohnya :
Contohnya :
Bahan Pengajaran:Mari mengenal ABC :)
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
/
Comments: (0)
Untuk kanak-kanak berusia 5 tahun yang menjadi pelajar saya,sesetengah daripada mereka tidak pandai untuk membaca,mengira, dan mengeja . Untuk pendedahan awal saya telah mengajar mereka huruf-huruf ABC . Saya telah menggunakan kad-kad yang berwarna-warni dan bergambar yang boleh menarik perhatian kanak kanak itu untuk belajar menghafal dan mengenal dengan mudah .
contohnya :
contohnya :
ini adalah contoh kad yang saya gunakan untuk murid-murid menghafal huruf besar dan huruf kecil .
ini adalah kad bergambar yang saya gunakan agar murid-murid dapat mengenali sesuatu gamabr dengan lebih baik .
Melalui teknik yang saya gunakan ini,kebanyakan murid-murid Pra Sekolah Ceria dapat mengenal dan menghafal dengan lebih cepat .
Video untuk murid-murid
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
on Monday, 10 December 2012
/
Comments: (3)
Terdapat beberapa buah video yang saya gunakan untuk mengajar mereka menyanyi supaya mereka tidak berasa bosan . Semua video-video ini saya ambil dari laman Youtube . Murid-murid sangat gembira apabila saya memasang video ini dan mereka mula menyanyi .
Antaranya :
> Bapaku Pulang
> Ikan Kekek
> Can Mali Can
di sini adalah beberapa video yang selalu saya mainkan untuk murid-murid pra sekolah Ceria . . Ini adalah salah satu sesi teknik pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak meghafal sesuatu dengan mudah dengan menggunakan media contohnya lagu , video dan lain-lain .
Antaranya :
> Bapaku Pulang
> Ikan Kekek
> Can Mali Can
di sini adalah beberapa video yang selalu saya mainkan untuk murid-murid pra sekolah Ceria . . Ini adalah salah satu sesi teknik pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak meghafal sesuatu dengan mudah dengan menggunakan media contohnya lagu , video dan lain-lain .
Tentang diri saya
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
/
Comments: (0)
Berasal dari Felda Lubuk Merbau , Kedah(anak kampung) . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau dan di Sekolah Menengah Lubuk Merbau . Seterusnya saya menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan di Maktab Perguruan Perlis,Perlis pada tahun 2003-2005 dengan mengambil opsyen pendidikan awal kanak-kanak .Mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak, Batu Kurau, Perak pada tahun 2006-2007 . Di Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Kamunting,Perak pada tahun 2008-2010 . Dan kini,mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pilah, Negeri Sembilan bermula pada tahun 2011 .
SEJARAH KELAS PRA SEKOLAH CERIA
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
/
Comments: (0)
Kelas Pra sekolah Ceria telah ditubuhkan pada tahun 2003 di Sekolah Kebangsaan Seri Pilah . Pra Sekolah ini mempunyai satu kelas sahaja . Murid-muridnya terdiri daripada anak-anak penduduk kampung di sekitarnya . Murid-murid pra sekolah berumur di antara lima dan enam tahun . Pada tahun 2012 , muridnya adalah seramai 14 orang sahaja yang terdiri daripada tiga orang murid perempuan 11 orang murid lelaki . Sejak Pra sekolah ini dibuka terdapat empat orang guru yang pernah mengajar di kelas ini dan di antaranya ialah saya , bermula tahun 2011 sehingga kini .
Gambar kanak-kanak Prasekolah Ceria
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
on Tuesday, 13 November 2012
/
Comments: (0)
Pertandingan Mewarna
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
/
Comments: (0)
Pertandingan Mewarna bersama kanak-kanak Prasekolah Ceria .
semua kanak-kanak prasekolah menyertai aktiviti ini
semasa pertandingan diadakan .
Lawatan Kanak-kanak riang
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
on Tuesday, 30 October 2012
/
Comments: (2)
Alhamdulillah akhirnya...
Posted by
Nurul Zulaily binti Yahya , no.matrik D20112052746
on Thursday, 11 October 2012
/
Comments: (0)
Dengan berkat kesabaran dan usaha maka terhasillah blog ini...